Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

SUAMI ISTERI DITAHAN


Sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah di sekitar daerah Temerloh ditangkap ketika bersama dua lagi rakan pengedar mereka dalam serbuan polis ke atas sebuah rumah di Taman Lanchang antara jam 4 hingga 6 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, wanita berusia 30-an yang juga mengandung tujuh bulan turut sama menagih dadah jenis heroin bersama suaminya.

Menurutnya, dalam serbuan itu empat individu berkenaan yang berusia antara 31 hingga 36 tahun ditahan sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh bersama dadah jenis heroin, syabu dan pil eramin 5 bernilai RM12,950.

Sumber : Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS