Rahsia 13 guni mengandungi sesuatu seperti ketulan batu bata yang disorokkan di kawasan semak di tepi pantai membongkar kegiatan pengedaran ganja apabila polis menemui 477 ketulan ganja seberat 470.1 kilogram dianggarkan bernilai RM1.6 juta dalam serbuan di Teluk Bahang, George Town, Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Dato’ A. Thaiveegan berkata, ketika serbuan dilakukan, tiga lelaki menutup bungkusan dadah dalam guni berkenaan yang cuba disorokkan daripada pandangan orang ramai.