Sepasang tunang disyaki pengedar dadah ditahan selepas polis menyerbu sebuah rumah sewa di Garden Avenue, Seremban, Khamis lalu.
Hasil penggeledahan menemui satu peket serbuk heroin seberat 16.6 gram (g), cebisan daun kering dipercayai ganja (4.67g) dan satu peket lutsinar tiub straw mengandungi dadah jenis syabu.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 32 tahun dan tunangnya berusia 25 tahun itu menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat membungkus dadah untuk dipasarkan di sekitar bandar Seremban.
Sumber : Kosmo