Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

IBU BAPA KEPADA MANGSA CULIK DI KELANTAN AKAN DIPANGGIL POLIS BANTU SIASATAN

Ibu bapa atau penjaga kepada tiga kanak-kanak mangsa culik terbaru di Jalan Bayam di Kota Bharu, Sabtu lepas akan dipanggil polis untuk diambil keterangan mengikut Akta Kanak-kanak 2001.

Ketua Polis Kelantan, Dato' Mazlan Lazim berkata, mereka akan dipanggil untuk siasatan sama ada terdapat unsur kecuaian ataupun pengabaian terhadap kanak-kanak trebabit sehingga berlaku penculikan.

Beliau turut menafikan adanya sindiket penculikan kanak-kanak atau peminta sedekah di negeri Kelantan seperti yang digembar gemburkan sebelum ini.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS