Op Warta yang bertujuan memburu pesalah trafik liat menyelesaikan saman dan waran tangkap yang sepatutnya berakhir hujung bulan ini akan dilanjutkan dan memasuki fasa terbaharu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Op Warta tidak akan dihentikan pada tahun ini sehingga 1.59 juta waran tangkap yang dikumpul sejak dua dekad lalu diselesaikan oleh mereka yang terbabit.
Polis akan mula bergerak ke pejabat dengan lebih agresif untuk mencari pesalah trafik yang masih tidak mempunyai kesedaran untuk menyelesaikan waran tangkap ke atas diri mereka.
Sumber: Utusan Malaysia