Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

PENCIPTA RESIPI AIR KETUM "LALOK BERGANDA" DITUMPASKAN POLIS

Tiga lelaki tempatan yang mencipta resipi lalok berganda terhadap penagih air ketum tegar di sekitar Lembah Kelang ditahan polis ketika mereka sedang leka memasak air tersebut di sebuah rumah di Keramat.

Suspek-suspek yang berusia 40-an itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10 malam setelah mendapat mendapat maklumat risikan kegiatan mereka yang menjual air ketum kepada orang ramai.

Ketua Polis Daerah, ACP Khairuldin Saad berkata, hasil pemeriksaan polis di premis itu menemui dua periuk besar berisi air dan daun ketum sedang di rebus.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS