Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS MENGENAL PASTI PENGAWAL KESELAMATAN YANG MENJADI AHLI KONGSI GELAP

Polis Selangor telah mengenal pasti beberapa syarikat kawalan keselamatan di negeri ini yang mempunyai kaitan dengan kegiatan kongsi gelap seperti yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Polis Selangor, Dato' Abu Samah Mat berkata, syarikat tersebut juga didapati menggajikan pengawal keselamatan yang mempunvai rekod jenayah termasuk aktiviti kongsi gelap.

Beliau berkata, pihaknya kini memberi tumpuan di kawasan Klang yang dikatakan antara lokasi utama aktiviti syarikat kawalan keselamatan yang mempunyai kaitan dengan kegiatan kongsi gelap di negeri itu.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS