Polis menahan 17 kaki judi yang leka bermain judi dadu dalam satu serbuan di belakang sebuah tokong Cina di Bukit Pasir di Muar petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata, antara yang ditahan dalam serbuan pukul 4.30 petang itu termasuklah beberapa warga emas wanita berumur 61 hingga 73 tahun.
Polis turut dirampas wang tunai bernilai RM151,892 dan cip judi bernilai RM70,185 yang digunakan oleh kaki judi itu.
Sumber: Kosmo