Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

OP SARANG: LAPAN INDIVIDU DICEKUP HISAP DADAH DALAM RUMAH SEWA

Tindakan lapan individu termasuk seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang menjadikan sebuah rumah di Kampung Bemban, Jalan Bachok di Kelantan sebagai tempat melakukan aktiviti penyalahgunaan dadah akhirnya membawa padah apa-bila kesemua mereka dicekup polis.

Dalam serbuan Op Sarang pada pukul 4 petang itu, kesemua suspek berusia antara 18 hingga 51 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu ketika sedang leka melakukan urusan jual beli dadah di dalam rumah papan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supt. Setapa Yusuff berkata, hasil pemeriksaan dijalankan di rumah tersebut berjaya merampas wang tunai berjumlah RM13,000, 28 pil kuda atau metaphitamine dan ganja seberat 4.1 gram di dalam rumah tidak bernombor itu.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS