Penggalian fasa kedua tapak kubur dipercayai milik pendatang asing tanpa izin (PATl) yang ditemui di sekitar Bukit Wang Burma di Wang Kelian akan disambung semula menggunakan laluan di Thailand.
Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail berkata, pasukan forensik polis akan mula bergerak ke Bukit Wang Burma menggunakan laluan di Ban Teluk, Thailand.
Menurutnya, operasi itu membabitkan penggalian 91 kubur lagi berhampiran empat kem yang berada di lokasi berkenaan.
Sumber: Harian Metro