Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

18,385 POSTER PINJAMAN ALONG DIRAMPAS POLIS

Polis merampas 18,385 poster iklan pinjaman wang tanpa lesen dan menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah premis pencetakan di Taman Intan di Klang Utara, Selangor.

Rampasan bernilai kira-kira RM64,000 itu kejayaan pertama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polls Daerah (IPD) Klang Utara yang diketuai oleh Inspektor Samsudin Zakaria.

Dalam serbuan jam 5.30 petang itu, lelaki berusia 21 tahun berkenaan mengakui bertindak sebagai penjaga serta pekerja premis pencetakan iklan dan poster.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohamad Shukor Sulong, berkata hasil pemeriksaan dalam premis berkenaan polis menemui 18,385 poster iklan pinjaman wang tanpa lesen yang mengandungi pelbagai nombor telefon, dipercayai milik pemberi pinjaman wang haram atau along di dalam daerah berkenaan.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS