Polis menangkap 'Mat Malaya' lelaki yang amat dikhendaki polis kerana disyaki menembak serta mencederakan kaki seorang pembantu mekanik di sebuah bengkel membaiki penyaman udara di Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato' Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki yang berusia 44 tahun itu diburu pihak polis sejak sebulan lalu dan akhirnya berjaya ditangkap polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau di Kundasang.
Turut ditahan seorang wanita tempatan dan telefon bimbit suspek.
Sumber: Sinar Harian