Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

13 MAYAT DITEMUI DI GUNUNG KINABALU

Pasukan mencari dan menyelamat menemui 11 lagi mayat di kawasan Gunung Kinabalu dan menjadikannya 13 mayat ditemui kesemuanya sejak gempa bumi berukuran 5.9 skala Ritcher itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, jumlah ini mempakan susulan kepada dua mayat mangsa yang dibawa turun dari kawasan pergunungan itu malam tadi yang dikenal pasti sebagai seorang malim gunung rakyat tempatan dan seorang murid sekolah di Singapura.

Walaubagaimanapun, pasukan mencari dan menyelamat kini sedang mencari enam lagi individu yang masih hilang di atas gunung berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Leave a comment

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS