Polis menahan seramai 20 individu termasuk seorang remaja disyaki penagih dadah menerusi Op Sarang selepas menyerbu enam lokasi ‘panas’ di sekitar Wangsa Maju di sini kelmarin.
Serbuan yang diadakan selama enam jam bermula pukul 6 pagi itu disertai pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kesemua yang ditahan membabitkan warga tempatan terdiri daripada 18 lelaki dan dua wanita yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 60 tahun.
SUMBER : KOSMO
