Empat individu yang tersenarai sebagai individu dikehendaki polis atas pelbagai kesalahan jenayah berjaya dikesan dan diberkas hasil pemeriksaan rondaan cegah jenayah di sekitar bandar Kuantan, kelmarin.
Rondaan dan pemeriksaan yang dilakukan oleh anggota tugas khas Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) bersama anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Air Putih, membawa kepada empat tangkapan berbeza dalam kes-kes berasingan.