Demi tugas dan tanggungjawab kepada negara, mereka sanggup berkorban cuti hari raya bersama keluarga. Malah mereka tidak lagi kekok untuk bekerja di hari raya berikutan sudah terbiasa dengan keadaan itu tambahan lagi keluarga masing-masing sudah faham dengan tugas mereka.
Pengorbanan tiga anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan ini tidak mampu terbalas dengan kata-kata dan berhari raya bersama rakan setugas pasti menjadi kenangan manis yang sukar untuk dilupakan.
Penolong Pegawai Penyiasat Trafik (AIO), Sarjan Zulkarnain Ismail, 49, berkata, selama 23 tahun berkhidmat sebagai polis, tidak sampai lima kali dia beraya dengan keluarga.
Sumber : Sinar Harian