Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

WANITA THAILAND EDAR DADAH KE TALI GANTUNG

Pulau Pinang, 27 Ogos - Seorang wanita warga Thailand yang dijadikan keldai dadah dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah menyeludup masuk kokain seberat 689.10 gram dengan menelan dan memasukkan dadah itu ke dalam kemaluannya, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan memutuskan demikian terhadap Chonmanee Laphathanawat, 30, setelah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Beliau berkata, keterangan pembelaan wanita itu yang mendakwa dia diugut bunuh oleh lelaki warganegara Afrika yang dikenalinya menerusi internet untuk menelan dadah itu yang didakwa sebagai berlian ketika berada di Sao Paulo, Brazil adalah rekaan semata-mata.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS