Dua lagi mayat ditemui di ladang sawit dipercayai dibunuh oleh suspek yang sama membunuh seorang nenek dan cucunya dalam kejadian di Batu 7, Sijangkang, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdu Jalil berkata, kedua-dua mangsa berumur 34 dan 13 tahun, dipercayai dibunuh lebih awal.
Motif pembunuhan berkait rapat dengan penjualan dadah. Individu yang menyelamatkan seorang lagi ahli keluarga mangsa diminta tampil untuk membantu siasatan.
Sumber : Sinar Harian