Polis Johor membongkar kegiatan pasangan kekasih yang menanam pokok ganja dalam pasu untuk tujuan pengedaran dadah di negeri tersebut.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, pihak polis terpaksa memecahkan pintu kediaman mereka setelah pasangan terbabit enggan bekerjasama dengan polis untuk menyerah diri.
Polis turut menjumpai empat ketulan mampat kecil bersalut plastik timah disyaki ganja dan satu paket plastik lutsinar yang mengandungi 14 biji benih ganja dan ganja kering.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah.
Sumber: Berita Harian
