Usaha Polis Terengganu menurunkan kadar jenayah narkotik di negeri ini, semakin menampakkan kejayaan susulan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM37 juta sejak Januari hingga Ogos tahun ini.
Ketua Polis Negeri, Datuk Rosli Ab Rahman, berkata dadah yang dirampas setakat ini, melepasi rampasan RM3.3 juta yang dibuat sepanjang tahun lalu.
Beliau berkata, kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menumpaskan dua sindiket dadah terbesar di negeri ini, memudahkan lagi usaha mengekang pengedaran dan penagihan dadah di negeri ini.
Sumber : Berita Harian
