Shah Alam - Suasana galeri awam Mahkamah Tinggi Shah Alam bertukar suram apabila bekas penuntut kolej yang menghadapi tuduhan membunuh pensyarahnya tiga tahun lalu dihukum mati.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abdul Halim Aman selepas mendapati pembelaan tertuduh tidak berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
"Mahkamah mendapati keterangan pembelaan tertuduh bersifat kabur, sangsi, dan penafian semata- mata,” katanya.
Sumber: Sinar Harian