Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KEMBAR SEIRAS IKRAR MENABUR BAKTI UNTUK PERTIWI

Itulah janji setia yang dilafazkan kembar seiras Ainol Shahar dan Ainol Shahril Abdullah sejurus mereka selesai perbarisan tamat latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi semalam.

Untuk menjadi sebahagian dari warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah merupakan impian dan keazaman kembar ini sejak dari di bangku sekolah lagi apabila kedua-duanya merupakan bekas anggota Kadet Polis sekolah.

Seperkara yang menarik tentang Konst. Shahar dan Shahril ini adalah, mereka sejak dari kecil tidak pernah berpisah dan sering melakukan pelbagai aktiviti lasak bersama. Sehinggalah diuji dan ditemuduga serta menjalani latihan bersama Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) di Pulau Langkawi ini.

Selamat maju jaya dalam menempuhi tugasan yang mendatang diucapkan kepada kembar ini. Semoga diberikan perlindungan dalam menghadapi tugasan yang diamanahkan.-Admin.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS