Globalisasi dan kemajuan teknologi yang berkembang pesat adalah salah satu daripada cabaran yang harus ditangani Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjayakan Pelan Strategik PDRM 2015-2020.
Perkembangan dunia yang semakin canggih dan bersifat 'borderless' atau tanpa sempadan dan memerlukan anjakan paradigma penguatkuasaan supaya lebih prediktif dan adaptif kepada persekitaran mendorong kepada cabaran ini.
PDRM sentiasa peka dengan fenomena yang melanda dunia dan bergerak seiring dengan perkembangan teknologi terkini untuk menjamin keupayaannya mengurus ancamann semasa, sama ada dari luar ataupun dalam negara.
Sumber : Harian Metro
