Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

SUAMI ISTERI DITAHAN BERSAMA GANJA SEBERAT 753.04 GRAM

Sepasang suami isteri bakal berdepan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 setelah ditahan bersama 753.04 gram ganja dianggarkan bernilai RM15,060 di sebuah hotel di Jalan Simpang Tiga, Kuching, kelmarin.

Pasangan tersebut ditahan dalam serbuan pada pukul 2 petang manakala dua orang anak mereka yang berumur 12 dan sembilan tahun dibawa ke Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk tindakan selanjutnya.

Pasangan suami isteri merupakan penganggur dan masing-masing berusia 31 dan 32 tahun.

Sumber : Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS