Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

11 PATI KANTOI SEBELUM SEMPAT NAIK BOT

Perancangan seorang tekong menyeludup keluar 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi perairan Sedili lumpuh apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Jalan Pantai Kuala Sedili Kecil, Kota Tinggi, kelmarin.

Ketika serbuan, tekong berusia 30 tahun itu bersama kumpulan PATI berasal dari Indonesia baru tiba di kawasan berhampiran pantai dengan menaiki kereta pelbagai guna (MPV) Nazaria. Walaubagaimanapun, mereka tidak sempat menaiki bot pancung yang telah disediakan tekong berkenaan dalam cubaan keluar keluar negara. 

Kesemua tahanan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar dan kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS