Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

PDRM-GURU ANJUR PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN JENAYAH (PPDa) DI SEKOLAH

Demi memenuhi aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sekolah Kebangsaa (SK) Taman Seroja di Sepang telah menganjurkan program pendidikan pencegahan jenayah bagi mendidik para pelajar supaya menanamkan perasaan benci pada najis dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Supt. Rusdi Jaafar berkata, program bermanfaat seperti ini akan lebih mendedahkan para pelajar sekolah tentang bahayanya najis dadah disamping dapat mendekatkan lagi hubungan polis dengan masyarakat setempat.

PDRM turut membina sebuah pondok polis mini di sekolah tersebut sebagai tanda simbolik kehadiran anggotanya memantau setiap aktiviti pelajar sekolah yang bercanggah dengan undang-undang negara.

Sumber: Utusan Malaysia

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS