Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS SAHKAN TIADA KES CULIK DI KEPONG

Polis Kuala Lumpur menafikan berlakunya kes culik terhadap seorang warga emas di Kepong seperti yang hangat diperkatakan dalam media sosial semalam.

Menurut Ketua Polis Sentul, ACP R. Munusamy, pihaknya kini sedang giat memburu kesemua suspek yang sebenarnya merompak mangsa seorang warga emas menggunakan parang ketika dia sedang mencabut rumput di hadap rumahnya.

Mangsa yang mengalami kerugiaan seutas rantai emas telah hadir membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak menggunakan senjata.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS