Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS SAHKAN LELAKI DITAHAN BERSAMA 140KG DAUN KETUM

Seorang lelaki berjaya ditahan apabila cuba untuk menyeludup 140 kilogram daun ketum yang bernilai kira-kira RM4,000 di seuah kawasan kebun getah, Kampung Kolam, Padang Besar, Perlis di sini, hari ini.

Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintenden Azizan Said dan suspek berusia 31 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk siasatan lanjut berhubung dengan penyeludupan rentas sempadan barangan tersebut.

Terdahulu, pihak polis menerima maklumat daripada pasukan Unit Risikan Sempadan (URS) yang telah membuat risikan sebelum terserempak dengan sekumpulan suspek dalam keadaan mencurigakan dan telah bertindak melarikan diri apabila pasukan tersebut memperkenalkan diri walaubagaimanapun salah seorang daripada suspek berjaya ditahan.

Sumber : Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS