Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS KELANTAN PERTINGKAT KAWALAN DI PINTU MASUK SEMPADAN


Bagi membendung kegiatan penyeludupan rokok, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan mempertingkatkan kawalan di pintu masuk sempadan dan pangkalan haram di negeri itu.

Polis Kelantan juga bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi meningkatkan keberkesanan operasi penguatkuasaan. Walaupun kegiatan penyeludupan rokok di Kelantan masih terkawal, usaha membanteras kegiatan berkenaan dlperhebatkan kerana kebanyakkan penyeludup menggunakan taktik licik untuk membawa masuk bahan terlarang itu.

Polis memandang serius mengenai isu rokok seludup kerana ia menyalahi undang-undang dan pada masa sama merugikan negara dari segi bayaran cukai.

Sumber : Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS