Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan polis selepas disyaki terbabit dengan kegiatan mengedar heroin semata-mata mahu hidup mewah dan memperoleh wang secara mudah.
Suspek yang dipercayai sudah dua tahun terbabit dengan kegiatan haram itu dikatakan memperoleh bekalan dari Pulau Pinang setiap minggu sebelum memprosesnya dalam peket kecil dan dijual kepada pelanggan di sekitar bandar raya Alor Setar dan Jitra dengan harga antara RM500 hingga RM1OOO setiap paket.
Bagaimanapun, kegiatan suspek terbongkar selepas anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menyerbu kediamannya di Jalan Stadium di sini, Ahad lalu.
Sumber : Harian Metro
