Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

WANITA SIAM, ANAK DIKURUNG, DIPUKUL PENAGIH DADAH


Seorang wanita Siam dan anak perempuannya dikurung, didera selama kira-kira seminggu di dalam bilik di sebuah rumah di Tanjung Chat, Kota Bharu sebelum mereka dapat melarikan diri dan meminta bantuan jiran.

Kejadian menyedihkan itu angkara perbuatan bekas banduan yang juga disyaki menagih dadah dan tinggal bersekedudukan dengan wanita warga Thailand itu. Kanak-kanak yang menjadi mangsa dera itu pula disyaki anak luar nikah kepada suspek yang berusia 33 tahun selepas pasangan itu tinggal bersama sejak tahun 2013.

Polis yang menyiasat kejadian itu menahan suspek yang merupakan seorang warga tempatan di kawasan tali air Jalan Sri Cemerlang pada pukul 5.30 pagi semalam.

Sumber : Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS