Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

BUANG BAYI: IBU 4 ANAK DITAHAN


Alor Setar, 29 Okt. - Polis menahan seorang wanita berusia 38 tahun yang dipercayai membuang bayi perempuannya sendiri yang baru dilahirkan di dalam mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Ulu Dulang Kecil dekat Yan kelmarin.

Wanita berkenaan yang merupakan ibu kepada empat orang anak ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ini. Difahamkan, suspek yang tidak bekerja juga tinggal di rumah yang menjadi lokasi bayi perempuan tersebut ditemukan.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Muharnad Halim Yatim berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam bilik air di rumah itu.

"Suspek juga mengaku bayi berkenaan hasil hubungan bersama suami dan telah mengandung tanpa pengetahuan keluarga serta melahirkan bayi tanpa memberitahu sesiapa" katanya ketika dihubungi di sini.

"Polis masih mengesan uri yang dibuang manakala bayi perempuan seberat 2.86 kilogram terbabit sekarang berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini," jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS