Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

PENAGIH DADAH TERGAMAM RUMAH DISERBU POLIS


Dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah tergamam apabila rumah yang mereka diami diserbu polis di Bekenu, Miri, semalam.

Sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menyerbu ke rumah terbabit kira-kira pukul 1 petang selepas mendapat maklumat daripada orang ramai.

Kesemua suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun dan mereka sedang berehat di ruang tamu di rumah tersebut semasa serbuan dilakukan.

Kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 ekoran ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis amphetamine.

Sumber : Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS