Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsteisme berikrar meneruskan perang terhadap terhadap tiga kegiatan utama jenayah iaitu maksiat, perjudian dan gangsterisme yang didalangi kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.
Menurut Penolong Pengarah STAGG, Bukit Aman, SAC Khairi Ahrasa, keupayaan kumpulan elit PDRM itu jangan diperkecilkan dan terbukti turut berupaya melumpuhkan kegiatan judi dalam talian atau siber.
Beliau turut menambah bahawa setiap anggota ditanam dengan perasaan naluri bencikan rasuah dan sanggup menggadaikan nyawa untuk menghapuskan kegiatan maksiat, perjudian dan kongsi gelap dalam Malaysia.
Sumber: Harian Metro
