Hubungan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan masyarakat akan terus diperkukuh sebagai medium pencegahan jenayah.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bekata, perkara ini perlu merapatkan jurang antara masyarakat dan pihak berkuasa sekaligus untuk membantu mengekang kegiatan jenayah ke tahap yang minimum.
"Dengan kerjasama ini, secara tidak langsung pelbagai masalah jenayah di dalam kawasan komuniti dapat disalurkan dengan lebih mudah dan tindakan segera dapat diambil di peringkat balai mahupun ibu pejabat polis daerah", katanya pada Majlis Pelancaran Pelekat Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) di kenderaan-kenderaan syarikat kawalan keselamatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, semalam.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye.
