Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang mengesan taktik penyeludupan manusia menurunkan warga asing yang diseludup masuk ke negara ini sebelum dihantar ke Pelabuhan Klang menggunakan feri penumpang sebagai usaha menjadikan Pulau Ketam sebagai destinasi selamat warga imigran tersebut.
Menurut Pegawai Pemerintahnya, DSP Ahmad Shafiki Hussin, kebanyakan pelarian Rohingya yang ditahan adalah baharu sahaja tiba dari negara Indonesia dan kebanyakan mereka berhasrat untuk tinggal di negara ini untuk mencari kehidupan dan pekerjaan yang lebih selesa dan stabil.
Dalam tempoh 11 bulan tahun ini, PPM telah berjaya menahan 64 pelarian Rohingya di pulau terbabit.
Sumber: Kosmo