Shah Alam - Polis berjaya menumpaskan dua kumpulan dikenali sebagai Geng Joker Raja dan Geng Wan Botak dengan tertangkapnya 10 ahli kumpulan berkenaan baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dua kumpulan yang aktif melakukan kegiatan curi kenderaan, samun dan pecah rumah itu bergiat aktif sekitar daerah ini iaitu di Padang Jawa, Sri Muda dan Sungai Buloh.
Katanya, hasil tangkapan Geng Joker Raja menyelesaikan tujuh kes samun di Sungai Buloh dan Sri Muda selain turut merampas pedang samurai yang digunakan untuk melakukan kekerasan terhadap mangsa.
Sumber: Kosmo
