Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

SEORANG PENYAMUN KABEL DITAHAN

Kegiatan licik dua Ielaki mencuri kabel telefon berakhir apabila seorang daripada mereka berjaya ditahan anggota polis peronda selepas dikejar sejauh 40 kilometer di Kampung Pinang Tunggal, Sungai Petani, kelmarin.

Sebelum itu, sebuah kenderaan MPV yang melakukan rondaan cegah jenayah terserempak dengan sebuah Proton Wira sebelum melihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di percayai menarik kabel telefon di Taman Bunga Raya kira-kira jam 6 pagi. 

Ketika cuba dihampiri, kedua-dua lelaki terbabit yang terkejut bergegas berlari memasuki kereta lalu memecut laju. Anggota peronda bertindak mengejar kereta suspek dan berjaya menahan seorang suspek berusia 35 tahun.

Sumber: Harian Metro.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS