Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS NASIHAT SEMUA WASPADA ANCAMAN MILITAN IS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap ancaman militan Islamic State (IS) kerana pengikut fanatik IS ini boleh melancarkan serangan di negara mereka sendiri.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, Dato' Ayob Khan Mydin berkata, semua suspek yang ditahan sebelum ini didapati cenderung terhadap perjuangan militan mereka sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi aspirasi 'perjuangan' mereka.

Beliau turut menasihati mana-mana pihak yang sebelum ini memandang remeh tugas PDRM hingga ada yang mengaitkannya dengan isu politik, supaya memahami dan membantu bersama menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS