Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima aduan wujudnya ganja di dalam cecair vape.
Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak yang didapati menggunakan dadah berjadual di bawah Akta Dadah Meibahaya 1957 akan dikenakan tindakan.
"Undang-undang masih kukuh dan sedia ada untuk dikenakan terhadap mereka yang bersalah," katanya.
Menurutnya, cara penggunaan vape bukan menjadi isu kepada polis, sebaliknya sekiranya ada yang mengambil dadah melalui alat tersebut.
''Sekiranya mereka mengambil dadah atau memasukkan dadah ke dalam badan dan sebagainya, tindakan undang-undang akan dikenakan," katanya ketika mengulas mengenai wujudnya isu ganja di dalam vape.
Sumber : Sinar Harian
