Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

PADAH HINA ANGGOTA URB


Segamat -  Tindakan seorang pemuda mengeluarkan ulasan menghina anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di laman sosial Facebook (FB) membawa padah apabila dia ditahan di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Segamat ke Kuantan di sini, jam 6 petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Segamat Superitendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, penahanan lelaki berusia 23 tahun itu susulan laporan polis dibuat anggota URB berkenaan terhadap penghinaan dilakukan suspek.

"Suspek direman empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS