Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

DITUDUH CURI TELEFON BIMBIT: PELAJAR DIBELASAH SAMPAI LEBAM

Seorang pelajar "junior" sebuah sekolah agama di Alor Star dibelasah tanpa belas kasihan oleh pelajar "senior" yang menuduhnya mencuri telefon bimbit milik seorang rakannya.

Akibat kejadian itu, mangsa yang baru berusia 13 tahun mengalami lebam-lebam di anggota badan selain muntah-muntah dan hampir tidak bermaya ketika bapanya datang melawatnya di sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan yang mengesahkan kejadian tersebut berkata pihak polis sudah mengenalpasti beberapa individu yang terlibat dalam kes berkenaan dan akan segera membuat tangkapan.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS