Biar putih tulang, jangan putih mata... kerana tidak mungkin kami (polis) akan menyerah kalah selagi darah perwira mengalir di dalam tubuh badan kami.
WARISAN DARAH PERWIRA
Tiga-tiga jadi enam
Tiga enam jadi sembilan
Oh! Itulah 69
Tanda megah masa depan
Beret kelabu tanjak kami
69 slogan kami
Lembing kerambit lambang kami
Unit gempur gagah berani
Oh! Ibuku jangan bimbang
Kalau aku tidak pulang
Pergi aku untuk berjuang
Pada nusa dan bangsaku
Beret kelabu sudah pergi
Hanya tinggal jasa bakti
69! Itulah kami
Komando polis negara ini....
Ikuti bacaan lanjut tentang pasukan elit Komando 69, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam artikel mingguan Dari Bukit Aman di bawah hasil tulisan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar.
Sumber: Harian Metro