Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS CARI DUA SAKSI BANTU PERBICARAAN KES DADAH

Kuala Lumpur, 23 Nov - Polis mencari dua lelaki yang merupakan saksi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. 

Menurut Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Inspektor Wan Mohamad Fauzie Wan Daud, kedua-dua saksi tersebut diperlukan bagl membantu perbicaraan kes di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

"Mereka yang dicari ialah Mohd, Nazri Omar, 34, yang beralamat terakhir di Balai Bomba, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur dan Lee Chee Hooi, 52, yang tinggal di No. 58T, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

''Kedua-dua saksi itu perlu hadir ke mahkamah pada 1 Disember ini bagi membantu kes perbicaraan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Orang ramai yang mengenali mereka diminta menyalurkan maklumat kepada Wan Mohamad Fauzie di talian 019-931 9336 dan 03-2146 0706 atau menghubungi Hotline Cop, IPK Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.

Beliau berkata, khidmat pesanan ringkas (SMS) juga boleh digunakan iaitu taip POLISKL dan hantar ke 32728 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS