Tindakan seorang pemuda menyembunyikan 600 biji pil kuda dalam raga motosikalnya yang dipercayai untuk diedar kepada 'pelanggan' mengundang padah apabila dia ditahan polis di tepi Jalan Kampung Hujung Tanjung Bering, Kota Bharu, semalam.
Suspek sedang duduk bersendirian di atas sebuah motosikal, menunjukkan kelakuan mencurigakan apabila terserempak dengan anggota. Suspek cuba meloloskan diri malah turut bergelut dengan anggota polis sebelum dia berjaya ditahan.
Sumber : Kosmo