Taktik empat penjenayah warga Indonesia yang cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah bas ekspres di Sungai Besi, Kuala Lumpur, Jumaat lalu gagal selepas diberkas sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Penangkapan empat suspek berusia 32 hingga 38 tahun itu susulan daripada laporan kejadian pecah rumah di Seksyen UII, Shah Alam, pada 7 November lalu.
Kesemua suspek ditahan ketika berada di dalam sebuah bas ekspres menuju ke Johor Bahru dan dipercayai mahu melarikan diri ke Indonesia setelah terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar Lembah Klang.
Sumber : Kosmo