Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS TANGKAP PELAJAR BERJUDI GUNA DUIT PTPTN

Harapkan pagar, pagar makan padi. Ibarat muka tak tahu malu, beberapa pelajar kolej diberkas polis Selangor ketika sedang leka berjudi di sebuah rumah dalam Bandar Sunway dengan menggunakan duit amanah pendidikan yang diberi kepada mereka.

Hasil risikan dan maklumat pihak polis turut mendapati para pelajar ini akan menghabiskan masa dan duit sekitar RM50 sehingga RM150 sehari untuk bermain judi sesama mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Dato' Mohd Adnan Abdullah berkata, kesemua pelajar dan kaki judi yang ditahan dalam serbuan polis itu direman sehari sahaja kerana alasan peguam yang mewakili mereka memberi alasan "kaki judi" tersebut bakal menduduki peperiksaan.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS