Seorang remaja dari negeri Perak yang "obses" dengan perjuangan IS sehinggakan pernah memnyertai kumpulan tersebut di Syria selama sembilan bulan dan pernah pula menembak mati seorang Syiah menggunakan Rifel AK-47 berjaya ditahan polis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsan Kuala Lumpur (KLIA) dari Syria.
Remaja tersebut ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Cawangan Khas Counter Terrorism, Bukit Aman.
Remaja terbabit ditahan mengikut bab VIA Kesalahan Berkaitan dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Sumber: Harian Metro