Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

IPK SELANGOR JUARA KARATE PIALA KPN 2015

Pasukan karate dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor berjaya menewaskan 19 pasukan lain dari kontinjen Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam Kejohanan Karate Piala Ketua Polis Negara 2015 yang telah berlangsung pada November lalu.

Pasukan dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur pula dinobatkan sebagai Naib Johan pertandingan manakala kontinjen dari Sabah dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) masing-masing tempat ketiga dan keempat terbaik dalam pertandingan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar yang merasmikan acara pembukaan dan penutupan kejohanan tersebut turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Hasil daripada kegiatan yang sihat dan positif itu, kini PDRM mengumumkan penubuhan Persatuan Karate-Do PDRM sebagai salah satu usaha melahirkan lebih ramai ahli sukan karate dan jurulatih yang terbaik dalam negara ini.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS