Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS KL JAWAB ISU SIASATAN KES PENIPUAN PEMBELIAN TELEFON BIMBIT

Polis Kuala Lumpur semalam menjawab tuduhan tidak berasas yang mengatakan polis berat sebelah dalam menjalankan siasatan kes penipuan pembelian telefon bimbit di salah sebuah plaza di ibu kota beberapa hari lalu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Tajuddin Md Isa, pihaknya sudah membuka dua kertas siasatan berhubung isu tersebut dan seorang peniaga telefon yang disyaki menipu pelanggan telah lama ditahan reman manakala rakannya pula kini masih dalam buruan pihak polis setelah dia menghilangkan diri.

Polis Kuala Lumpur turut memaklumkan bahawa serbuan juga telah dijalankan ke atas premis-premis yang menjual telefon dan telah merampas sebanyak 500 unit telefon disyaki palsu.

Kertas siasatan akan dilengkapkan untuk dirujuk kepada Yang Arif Timbalan Pendakwa Raya bagi tujuan tindakan dan arahan lanjut.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS